ARIDINA ENTERPRISE™ adalah sebuah syarikat bumiputera yang dimiliki oleh Puan Linda Jasmey Harun dan Mohd Fakarudin. Ia telah beroperasi selama 3 tahun sejak ia ditubuhkan pada tahun 2009 dan mempunyai premis perniagaan di Pusan Komersial Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Disamping itu, kami juga mempunyai sebuah lagi kios perniagaan di Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor. Nombor pendaftaran premis syarikat kami setelah mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ialah IP0223958 SSM-P.
ARIDINA ENTERPRISE™ menawarkan pelbagai jenis produk seperti tudung, brooch, produk kecantikan, produk wangian (perfume) dan sebagainya selaras dengan matlamat perniagaan kami untuk menyediakan produk bagi memenuhi keperluan wanita Islam di luar sana. Setelah 3 tahun beroperasi, kebanyakan pelanggan kami adalah wanita muslim berkerjaya, pelajar kolej dan universiti. Ini adalah kerana produk dan harga yang ditawarkan kepada pelanggan kami juga adalah amat berpatutan.
Antara produk yang dijual di ARIDINA ENTERPRISE™ online adalah tudung jenis bawal, shawl, perfume, produk penjagaan kulit seperti Sendayu Tinggi dan losyen herba. Produk yang terpilih ini mempunyai kualiti yang amat baik dan laris di pasaran pada masa kini. Pelanggan boleh membeli produk yang dijual secara borong melalui website kami/online.
Pelanggan amat dialu-alukan untuk datang sendiri ke premis kami sekiranya anda membeli-belah di kawasan berhampiran premis kami.